Your Ad Here



http://hayrin86.blogdrive.com
Klik DI SINI dan LIKE jika anda ingin melihat program-program realiti nyanyian/tarian berkubur menjelang 2014.


Feb 15, 2012
Telenovela Hebat Di Astro Bella

Telenovela Hebat Di Astro Bella
 

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2012: Syarikat penyiaran, Astro memperkenalkan saluran Astro Bella yang bakal menayangkan drama-drama telenovela selama 24 jam sehari bermula 5 Mac depan.

Astro Bella (saluran 133) merupakan saluran terbaru dalam pakej Mustika akan memberi nafas baru kepada kandungan pakej sedia ada bagi menggantikan saluran B4U yang akan ditamatkan pada 5 Mac depan.

Satu-satunya saluran yang menyatukan semua peminat telenovela di bawah satu rangkaian, Astro Bella bakal memberi tumpuan kepada drama telenovela dari seluruh dunia termasuk dari negara Latin, Asia dan tempatan kecualai sinetron dari Indonesia.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata salurann Astro Bella akan memenuhi kepuasan penonton dengan drama telenovela yang terbaru dari tahun 2011 hingga tahun ini.

"Setelah hampir dua tahun pakej ini dilancarkan dan setelah mengambil kira maklumbalas daripada pelanggan kami, Astro memutuskan untuk melakukan sedikit rombakan pada pakej ini.

"Astro Bella bakal menghimpunkan barisan telenovela terbaik dan terbaru dari seluluh dunia.Kami yakin ianya akan menjadi pelengkap yang sempurna pakej Mustika selepas digantikan dengan saluran B4U.

"Tambahan pula, telenovela yang rata-ratanya berunsurkan cinta, dendam, perebutan kuasa, persahabatan, serta keperibadian setiap watakyang dilakonkan bintang-bintang tersohor, dijangka bakal menyentuh hati penonton serta memenuhi kehendak mereka.

"Bagaimanapun kami mensasarkan kepada penonton wanita yang berusia 18 tahun ke atas. Lebih-lebih lagi bagi peminat yang mempunyai impian serta mengagumi kehidupan wanita latin," jelasnya selepas pelancaran Astro Bella di Restoran Ciao, Jalan Kampung Pandan, baru-baru ini.

Pelancaran Astro Bella, secara tidak langsung melengkapkan lagi pakej Mustika dengan saluran yang sedia ada iaitu Astro Warna (saluran 132) dan Astro Citra (saluran 131).

Sempena pelancaran Astro Bella ini juga pada Mac ini, pelanggan juga berpeluang menonton Fish Port Princess (Tagalog), Rivals (Tagalog), Diabla Daniela (Latin), Emparatiz (Latin), Pasion Morena (Latin), Eternamente Tuya (Latin) dan siri mini Girlfriends (Italian) serta Drowning City (Latin).

Astro Bella akan mula bersiaran bermula 5 Mac ini melalui pakej Mustika pada harga RM12.95 sebulan. Untuk melanggan sila layari laman web ww.astro.com.my/mustika atau hubungi 1-300-82-777.

Posted at 08:24 pm by HAYRIN86
Make a comment  




Feb 13, 2012
Jabatan Agama Islam Negeri Diminta Kuat Kuasa Tindakan Pada Hari Kekasih

SEREMBAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam. "Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, Isnin.

Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya. -BERNAMA

Posted at 06:53 pm by HAYRIN86
Make a comment  




Feb 12, 2012
Jakim lancar kempen Awas! Jerat Valentine's

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan umat Islam sempena Hari Kekasih 14 Februari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, kempen anti Hari Kekasih itu bertujuan menjelaskan kepada orang ramai khususnya golongan muda mengenai konsep cinta sebenar menurut syariat yang berlandaskan Islam.

"Program sebegini amat bertepatan bagi membentuk generasi muda yang cintakan Allah SWT, Rasulullah SAW, ibu bapa dan seterusnya kepada negara.

"Inilah cinta yang perlu dipupuk dan dipertahankan dan bukan cinta yang mendorong ke arah kemaksiatan," katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini malam ini.

Program tersebut adalah kerjasama Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta rakan strategik, rumah perlindungan Raudhah Sakinah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Razali Shahbuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah Sakinah, Rosmawati Zainal.

Pada majlis pelancaran yang berlangsung di Pusat Islam tersebut, ia turut dimuatkan dengan program Bicara Cinta yang dihoskan oleh pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, Imam Muda Astro serta persembahan beberapa artis lain.

Di samping itu, sepanjang kempen yang berlangsung hingga 14 Februari ini, pihak Jakim akan menyebarkan risalah di institut-institut pengajian tinggi (IPT) tentang bahaya Hari Kekasih.

"Ritual sambutan tersebut jelas membuatkan manusia leka dan diakhiri dengan perbuatan maksiat yang jelas bertentangan dengan prinsip syarak," ujar,

Posted at 08:26 pm by HAYRIN86
Make a comment  




Feb 11, 2012
Hijrah Ana Raffali demi Muslimah sejati

NURUL NAZRAH NAZARUDIN
11 Februari 2012
Ana Raffali

Terkenal trademark berbaju kurung atau kebaya ketika mengadakan persembahan, penyanyi, Ana Raffali, yang sebelum ini tampil imej sopan kini semakin ayu apabila mengenakan hijab.

Pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku ini membuat keputusan untuk bertudung litup pada sambutan Maulidur Rasul lalu.

Menganggap penghijrahannya itu bukan satu percubaan atau trend, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, menyifatkan keinginan bertudung lahir daripada hatinya sendiri.

Tambahnya, keputusan yang dibuat itu bukan disebabkan desakan keluarga atau orang terdekat, tetapi ia atas keinginan menjadi Muslimah lebih baik.

“Soal bertudung ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main dan juga bukan merupakan percubaan atau fesyen. Ia timbul atas keinginan untuk cuba menjadi Muslimah lebih baik.

“Alhamdulillah, keputusan saya untuk bertudung menerima sokongan daripada keluarga dan orang terdekat.

“Malah, saya sudah mula mengenakan tudung semasa mengedarkan kad jemputan kahwin kepada bekas pensyarah di universiti. Jadi, keluarga mahupun bakal suami tidak terkejut dengan keputusan itu,” katanya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari ini.

Mengaku pernah berkongsi hasrat mengenakan tudung kepada ibunya, Ana berkata, keluarga dan bakal suaminya, Aznaim Abdullah, 30, tumpang gembira dengan perubahan dilakukan.

Menurutnya, sukar menggambarkan perasaannya ketika itu tatkala ‘seruan’ untuk penghijrahan tersebut berlaku.

“Apa yang boleh saya katakan adalah timbulnya satu dorongan atau keinginan yang begitu kuat untuk mengenakan hijab sewaktu tengah hari ketika saya hendak keluar makan,” katanya yang ketika itu berada di studio bagi menyiapkan kerja-kerjanya.

Penyanyi yang berusia 27 tahun ini juga berhasrat mendalami lebih banyak ilmu agama selepas ini.

Berpendapat setiap insan akan melalui fasa peralihan dalam kehidupan mereka, Ana bersyukur menerima sokongan daripada bakal suaminya untuk berhijrah ke arah kebaikan.

“Sebelum ini pun, saya dan bakal suami sering berbincang mengenai perkara berilmiah bagi melengkapkan diri kami dengan ilmu.

“Insya-Allah selepas berkahwin, kami masing-masing akan terus mendalami ilmu agama bagi melengkapkan diri dan cuba menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” katanya yang semakin sibuk menyediakan persiapan untuk perkahwinan.


Debaran bergelar isteri

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi untuk melangkah ke fasa baru dalam hidupnya. Bagaimanapun, Ana berharap segala perancangan untuk hari tersebut berjalan lancar.

Mengaku berdebar menunggu tarikh 25 Februari ini, Ana bersyukur kerana dibantu keluarga dan rakan terdekat dalam menyiapkan urusan perkahwinan.

“Alhamdulillah, persiapan majlis setakat ini berjalan lancar. Saya lebih tertumpu kepada persiapan hantaran untuk diberikan kepada bakal suami,” katanya yang menyediakan sembilan dulang hantaran dengan warna tema perak putih untuk diberikan kepada pihak lelaki.

Mengambil keputusan untuk tidak bersanding, pasangan ini memilih untuk diraikan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Posted at 08:19 pm by HAYRIN86
Make a comment  

Astro siar 31 perlawanan Euro

KUALA LUMPUR – Penyiar rasmi siaran langsung televisyen di Malaysia bagi Euro 2012, Astro bakal menyajikan liputan penuh semua 31 perlawanan dengan 12 daripadanya secara eksklusif hanya menerusi saluran TV satelit itu.

Siaran eksklusif itu termasuk dua perlawanan suku akhir dan satu separuh akhir serta liputan semua perlawanan England dari 8 Jun hingga 1 Julai.

Sempena Kempen Unmissable (Mesti Tonton) Euro 2012, pelanggan Pek Sukan Astro boleh menontonnya menerusi lima saluran khusus Interaktif Kejelasan Biasa (SD) di samping lima saluran Interaktif Kejelasan Tinggi (HD) yang melanggan Astro B.yond dengan ciri butang Merah interaktif.

Ulasan dan sari kata Bahasa Melayu bagi perlawanan terpilih secara langsung juga disediakan pada saluran Astro Arena.

Selain itu, satu tahap baru aksi Euro bakal dinikmati apabila Astro membawa pengalaman menonton menyeluruh dengan TV (HD dan SD), Radio dan aktiviti luaran dan dalam talian.

Laman web www.stadiumastro.com turut akan menghidangkan peminat dengan berita terkini dan lengkap mengenai Euro 2012.

Pada tahun ini buat kali pertama, Astro memperkenalkan Pas Khas Ke Euro 2012 yang boleh didapati dari 1 April dan selepasnya.

Pelanggan Astro yang tidak melanggan Pek Sukan boleh menyaksikan Euro 2012 menerusi Pas Khas berharga RM50 yang akan memberikan mereka, kesemua 31 perlawanan secara langsung tanpa perlu melanggani Pek Sukan Astro.

Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata: “Kami gembira dapat mencipta penanda aras baru industri dengan meluaskan liputan Euro 2012 kepada pelanggan Astro yang tidak melanggani Pek Sukan menerusi Pas Khas Ke Euro 2012.

“Inilah satu lagi ‘Yang Pertama’ daripada Astro yang memberikan saranan nilai yang boleh dipilih menurut keperluan, keutamaan dan belanjawan mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Posted at 08:12 pm by HAYRIN86
Make a comment  

Jakim ingatkan sambutan Hari Kekasih bertentangan Islam, boleh jejas akidah

PUTRAJAYA 10 Feb. - Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihati supaya menjauhi acara atau majlis bertemakan sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day) bagi mengelak terlibat dengan gejala maksiat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, sambutan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah.

"Kita minta remaja sekalian dan umat Islam ambil perhatian kerana Hari Kekasih bukan perayaan dalam Islam dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

"Bahkan amalan dalam perayaan itu juga bercampur dan ada hubung kait dengan ajaran Kristian yang jelas dilarang oleh Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai Hari Kekasih yang akan disambut oleh kebanyakan pasangan yang hangat bercinta di seluruh dunia pada minggu depan.

Lebih memburukkan keadaan sambutan itu turut merebak di kalangan umat Islam yang belum atau sudah berkahwin di kebanyakan negara Islam tanpa mengetahui maksud sebenar di sebalik sambutan itu.

Menurut Othman, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Fatwa itu turut menyebut roh perayaan tersebut berunsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Dalam pada itu, Othman berkata, Jakim akan melancarkan kempen Raikan Cinta esok bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan orang Islam sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

"Kali ini kami akan lancarkan kempen anti Hari Valentine di mana diselitkan program bicara cinta yang dihoskan oleh pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.

Program tersebut akan diadakan di Masjid Negara dan Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Posted at 08:11 pm by HAYRIN86
Make a comment  

Mufti: Hari Suami Isteri tak sesuai 14 Februari

HASLINA KAMALUDIN
11 Februari 2012
 Tan Sri Harussani Zakaria

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.

Kesan daripada itu, umat Islam ditindas dan dinafikan haknya dan perkara ini boleh dilihat ke atas apa yang berlaku terhadap negara Palestin pada masa kini.

“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.

“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, jika ada pihak mahukan sambutan Hari Suami Isteri tetap pada tarikh 14 Februari, maka ia boleh jatuh hukum haram kerana ramai memaklumi mengenai sejarah perayaan pada tarikh berkenaan.

“Walaupun ada niat baik, tetapi pelaksanaannya tidak tepat. Banyak lagi tarikh lain. Jika tidak mahu dilaksanakan pada hari Maulidur Rasul, boleh pilih tarikh lain.

“Jangan menggantikan nama hari sahaja sedangkan tarikh itu telah dikenali sebagai hari kekasih oleh kaum lain. Tiada bezanya menukar nama tetapi tetap ada sambutan,” katanya.

Kelmarin, Kelantan mengumukan ia bercadang menggantikan Hari Valentine pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri. Hari Suami Isteri itu adalah untuk memberi semangat kepada Umat Islam untuk mengikuti acuan hidup sebagai Islam dan melahirkan keluarga bahagia.

Posted at 08:06 pm by HAYRIN86
Make a comment  




Feb 10, 2012
Amalan berseronok tanpa batasan

thumbnail

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.myBUAT PILIHAN...umat Islam perlu berwaspada dalam mengamalkan apa  saja budaya yang dibawa dari Barat kerana ia boleh mengancam akidah.
BUAT PILIHAN...umat Islam perlu berwaspada dalam mengamalkan apa saja budaya yang dibawa dari Barat kerana ia boleh mengancam akidah.
 
 

ISLAM tidak pernah mengiktiraf Hari Kekasih atau Valentine’s Day malah sambutannya adalah perbuatan keji kerana menjurus kepada pelbagai perlakuan dosa termasuk zina.

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, melawat ketika ada di antara mereka yang sakit, membantu ketika ditimpa kesusahan serta menyatukan mereka yang bertelagah.

Foto
HARAM...sambutan Hari Kekasih boleh menjerumuskan umat Islam dalam melakukan perkara haram seperti perzinaan.

Jika ada umat Islam yang pernah atau bercadang untuk meraikan sambutan Hari Kekasih yang diadakan pada 14 Februari itu, mereka perlu segera bertaubat!

Amat menyedihkan kerana segala maklumat serta seruan Islam berkaitan pengharaman sambutan Hari Kekasih itu sudah diperjelaskan dan disebarkan tetapi mereka tetap ingkar.

Foto
TEGAS...usaha membanteras umat Islam menyambut Hari Kekasih perlu diperluas bagi mengelak ia menjadi budaya merugikan ummah.

Bukti dapat disaksikan apabila terdapat sejumlah daripada mereka dicekup pihak berkuasa kerana memadu asmara di hotel, rumah sewa atau rumah tumpangan.

Biasanya sambutan itu diraikan pasangan dengan penuh unsur maksiat seperti keluar berdua-duaan, berpeleseran sehingga membawa pasangan melakukan hubungan seks.

Perbuatan yang mereka lakukan itu diibaratkan sebagai ‘persembahan’ membuktikan kesetiaan cinta mereka. Tarikh itu dianggap hari ‘meraikan’ kisah cinta mereka dan sudah tentu apa saja kemahuan serta pujuk rayu akan dipenuhi pasangan masing-masing.

Kenapakah anak muda di negara ini terlalu ghairah meraikan hari itu? Barangkali mereka merasakan itu hanya perbuatan bagi mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari berkenaan.

Cukuplah kerana sambutan Hari Kekasih yang dibawa oleh orang Barat itu tanpa disedari boleh merosakkan akidah serta akhlak umat Islam terutamanya golongan remaja.

Meraikan hari tertentu tanpa memeriksa latar belakang perayaan itu pastinya menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Jelas budaya perayaan itu mempunyai unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di Malaysia, larangan menyambut Hari Kekasih selaras dengan fatwa hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, yang menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.

Islam melarang umatnya terbabit secara langsung dengan sambutan itu atau duduk dalam majlis yang mempersendakan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” (Surah An-Nisa ayat 140).

Memberikan hadiah bersempena Hari Kekasih menjadi haram malah mengirim ucapan cinta atau kasih sempena Valentine juga dilarang oleh ulama.

Berdasarkan sejarah, Valentine ialah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.

Dia antara individu yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.

Sebab itu, ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Sesiapa yang merayakannya seolah-olah mereka gembira dan merestui kekalahan umat Islam di Sepanyol.

Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Itu sebabnya umat Islam perlu sensitif dan mengambil berat isu ini supaya ia tidak dijadikan amalan atau jalan untuk cuba meraikannya walau dengan apa cara sekalipun.

Sepatutnya budaya negatif Barat seperti menikmati hiburan dan keseronokan secara berlebih-lebihan itu tidak wajar diikuti. Jangan dibiarkan budaya dan tatacara Islam dipinggirkan dengan mengagung-agungkan budaya ciptaan yang boleh meruntuhkan bangsa dan identiti negara.

Ibu bapa perlu memainkan peranan memantau aktiviti dan hubungan sosial anak-anak dalam memastikan mereka tidak menghadiri sebarang sambutan Hari Kekasih.

Pendapat lain mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, iaitu upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bernama Juno Februata. Pada hari itu, pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak itu secara rawak.

Nama gadis yang dicabut akan menjadi pasangan dan hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.

Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom paling gagah bagi menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Selepas itu, perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu akan memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut menerima pukulan kerana menganggapnya bagi menambah kesuburan mereka.

Justeru, remaja Islam negara ini diharap tidak mengagung-agungkan sambutan Hari Kekasih kerana ia mendorong mereka terjerumus ke lembah maksiat.

Masyarakat Barat mungkin beranggapan dengan cara itu umat Islam boleh dilalaikan dan mereka akan terdorong melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan maksiat dengan pasangan tanpa batasan.

Agenda itu memberi kejayaan besar kepada mereka kerana mampu mengatur umat Islam mengikut acuan mereka. Situasi itu akan mendorong kepada pembentukan akhlak dan peribadi yang buruk kepada generasi muda apabila terdedah dengan perbuatan tidak sihat.

Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar selagi itulah anasir luar cuba memesongkan hala tuju ummah agar kecundang.

Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Rani Awang Besar berkata, paling dibimbangkan kini ialah kurangnya ketahanan ilmu dan rapuhnya akidah umat Islam sehingga begitu mudah mereka diperdayakan.

“Sambutan Hari Kekasih ini datangnya dari Barat yang mahu merosakkan akidah, fahaman serta budaya umat Islam. Pesan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan itu.”

“Tidak kiralah sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau wanita, mereka perlu sedar supaya tidak mudah terikut-ikut dengan budaya salah yang dibawa dari Barat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai umat Islam mereka perlu meletakkan kasih kepada Allah dan Rasul sebagai yang paling utama di samping berhak mengasihi mereka yang hampir seperti ibu bapa.

“Semua pihak perlu bergandingan dalam memperluaskan jaringan dakwah supaya umat Islam lebih faham apa yang mereka lakukan itu perlu diteliti sedalam-dalamnya kerana dibimbangi akan menggugat akidahnya.

“Di Malaysia, alhamdulillah maklumat mengenai sambutan Hari Kekasih ini jelas dan tersebar dengan cukup meluas. Diharapkan umat Islam mengambil serius pengharaman sambutan itu dan ia tidak dijadikan sebahagian daripada budaya kita,” katanya.

Mohamad Rani berkata sebutan ‘Valentine’ cukup indah diungkap namun ia tersingkap misi dan matlamat tersembunyi daripada musuh Islam.

“Musuh Islam sentiasa berusaha untuk memesongkan akidah serta jati diri umat Islam supaya kita menjadi umat yang kacau-bilau. Kembalilah mengamalkan perintah Allah dan memantapkan keimanan kita kepada ajaran Allah s.w.t.

“Untuk memantapkan akidah Islamiah, setiap individu perlu menyalurkan usaha secara berterusan dalam menuntut ilmu dengan menghadiri kelas pengajian dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Menurutnya, lekas menuding jari kepada golongan yang melakukan kesilapan juga satu kesalahan kerana kita dituntut untuk terus membimbing mereka dengan menggunakan pendekatan berbeza.

“Untuk menarik minat orang lain menerima apa yang kita sampaikan bukannya dengan cara kekerasan atau hanya tahu menyatakan kesalahan yang mereka lakukan.

“Tetapi semua itu hanya dapat dicapai melalui pendidikan secara berperingkat serta contoh teladan yang ditonjolkan daripada individu yang menyampaikan itu,” katanya.

Posted at 06:05 pm by HAYRIN86
Make a comment  




Feb 7, 2012
PAS Mahu Sambutan Hari Kekasih Dihentikan

PETALING JAYA: Menjelang sambutan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari depan, PAS sekali lagi menyatakan pendirian mahu menghentikan sambutan berkenaan.

Pemimpin parti itu termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, sambutan berkenaan mesti dihentikan kerana akan menjadi penyebab kepada aktiviti tidak bermoral.

Bagi timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, beliau mahu kerajaan mempamerkan iklan anti sambutan Hari Kekasih di televisyen bagi menghalang umat Islam daripada menyambutnya.

"Setiap tahun kita sertai pasukan pencegahan bersama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain untuk memberi kesedaran bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam.

"Kita tidak mahu sambutannya menjadi amalan dikalangan orang Islam. Langkah terbaik adalah dengan menghebahkannya di televisyen.

"Pihak kerajaan begitu mudah untuk berbuat demikian kerana mereka mengawal media utama," katanya.

Tahun lalu pihak berkuasa agama telah menahan lebih seratus pasangan beragama Islam yang terlibat dalam sambutan Hari Kekasih.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.

Sumber: mstar.com.my

Posted at 06:42 pm by HAYRIN86
Make a comment  




Jan 20, 2012
Islam tak halang rai Tahun Baru Cina

Oleh SITI AINIZA KAMSARI


 

Sambutan meriah termasuk tarian singa di rumah terbuka tahun baru cina yang dianjurkan oleh Hidayah Centre dan Pertubuhan Cina Muslim Malaysia yang diadakan pada tahun lalu.


 

BELIAU masih ingat ketika itu dadanya berdebar kencang. Sambutan Tahun Baru Cina hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tetapi beliau seolah-olah tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada untuk menyambutnya atau tidak.

Andai beliau seorang penganut Buddha sudah sewajibnya beliau pulang ke kampung di Bandar Maharani, Muar, Johor untuk menyambut Tahun Baru Cina (TBC).

Tetapi masalahnya kini, beliau baharu memeluk Islam, perlukah beliau pulang menyambut perayaan itu?

Lebih-lebih lagi mengenangkan keluarga terutama ibu bapanya masih menyimpan perasaan marah dan tidak puas hati atas tindakannya memeluk Islam itu tanpa pengetahuan mereka, iaitu pada Ogos dua tahun lalu.

Begitulah dilema yang dihadapi oleh anak muda ini, Yeo Wee Kiat, 25, pada tahun pertama atau buat pertama kali hendak menyambut TBC selepas memeluk Islam pada tahun 2011.

“Ibu bapa mana terutama bapa saya yang dapat menerima anak lelaki sulung mereka secara tiba-tiba memeluk Islam. Teruk juga menerima penangan daripada bapa saya.

“Tidak sahaja beliau ‘berceramah’ marah dan kemuncaknya saya dihalau keluar rumah, seolah-olah saya bukan anaknya lagi.

“Mujurlah ibu berjaya memujuk bapa dan meminta supaya saya jangan dibuang dalam hidup mereka,” katanya.

Memeluk Islam tanpa desakan atau pengaruh sesiapa melainkan atas kesedaran dan minat terhadap agama tersebut, Wee Kiat sedar risiko apabila beliau selama-lamanya meninggalkan Buddha, agama yang dipertahankan oleh keluarga dan nenek moyang.

Wee Kiat berkata, dengan keyakinan tinggi terhadap Allah maka segala risiko yang bakal terjadi terutamanya kemarahan ibu bapa akan dihadapi dengan penuh kesabaran.

“Sebabnya, semua itu saya anggap sebagai satu ujian sejauh mana keimanan dan keikhlasan saya memeluk Islam.

“Lantaran apabila bapa menuduh saya sengaja untuk menukar identiti sebagai bangsa Cina semata-mata kononnya untuk ‘masuk’ Melayu dengan memeluk Islam, lalu saya buktikan bahawa saya tetap Cina dengan mengekalkan nama Yeo Wee Kiat,” jelasnya.

Beliau tidak mengubah nama atau menambahkan sebarang nama Melayu atau Islam lain sebagai identiti baru selepas berstatus Muslim.

“Sebagaimana tokoh Cina Muslim yang menjadi idola saya iaitu Ann Wan Seng yang tetap dengan nama asalnya.

“Dengan nama Cina itu bermakna kami tetap berketurunan Cina, namun tetap kental Muslimnya, insya-Allah,” katanya.

Seperkara yang Wee Kiat perlu buktikan terutama kepada ibu bapanya bahawa Islam bukan penghalangnya menyambut tahun baru.

“Cuma saya bimbang mengenai penerimaan keluarga dan kemungkinan saya dihalang menyambutnya. Walhal Islam sendiri tidak melarang selagi saya menjaga batas-batasnya,” jelas beliau.

Lalu Wee Kiat memberanikan diri pulang ke kampung untuk menyambut TBC tahun lalu.

Alhamdulillah, sambutan di luar dugaan. Beliau disambut baik oleh seluruh keluarga terutama ibu bapanya dan seolah-olah mereka menantikan kepulangannya untuk sama-sama menyambut tahun baru.

Lalu saat yang ditunggu-tunggu iaitu acara makan besar pada malam TBC tetap berlangsung dengan meriah walaupun Wee Kiat sendiri tidak dapat menjamah masakan ibunya.

“Saya tidak mahu menyusahkan ibu saya semata-mata menyediakan juadah yang halal. Lalu saya mendapat idea, kenapa tidak saya membeli ayam KFC lalu kami makan bersama-sama seluruh keluarga. Saya dapat makan dan saya rasa seronok kerana dapat belanja keluarga pada hari yang cukup yang bermakna itu,” katanya yang baru tamat pengajian di Universiti Selangor (Unisel).

Sementara menunggu pekerjaan tetap, Wee Kiat kini bertugas sebagai fasilitator program Madrasatul Hayah untuk lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di bawah anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia.

Disebabkan bertugas di situ, rakan-rakan memanggilnya Ikram Yeo.

Wee Kiat sebenarnya tidak dapat melupakan saat manis pada TBC yang lalu kerana bapanya masih sudi menghulurkan angpau kepadanya.

“Saya benar-benar terharu atas pemberian bapa yang sangat bermakna itu kerana masing-masing kini sudah dapat menerima perbezaan agama antara kami. Berbeza agama bukan penghalang untuk satu hubungan baik kami anak beranak.

“Saya amat bersyukur kepada Allah yang memakbulkan doa saya agar tetap diterima oleh keluarga terutama ibu dan bapa kerana selamanya saya tetap memerlukan mereka dalam hidup saya,” katanya.

Untuk sambutan tahun baru yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi, kali ini Wee Kiat akan pulang ke kampung menemui keluarga dengan lebih yakin dan penuh kegembiraan.

Bagi yang sudah lama memeluk Islam, seperti Timbalan Pengerusi Pertubuhan Cina Muslim Malaysia (Macma) Cawangan Selangor, Effenddy Teoh Gin Hoe, TBC sememangnya disambut meriah hampir setiap tahun.

Lebih-lebih lagi beliau adalah anak lelaki sulung dalam keluarga empat beradik. Ibunya yang kini berusia 83 tahun tinggal bersamanya.

Maka menjadi satu tanggungjawab kepadanya menjadi tuan rumah mengumpulkan adik-beradik dan anak-anak saudara terutama bagi acara makan besar, acara minum teh dan pemberian angpau setiap kali tibanya tahun baru.

Boleh dibayangkan kemeriahan beliau sekeluarga menyambut perayaan itu yang tentunya juga sebagai penghormatan dan kasih sayang kepada ibu yang melahir dan membesarkannya sehingga berjaya.

“Walaupun kami berbeza agama dan saya masih berusaha agar ibu mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Walaupun dahulunya si ibulah yang paling keras membantah Effenddy memeluk Islam sedangkan si ayah tidak berkata apa-apa.

“Ibu bagai terkena histeria apabila tahu saya memeluk Islam. Tetapi itu adalah normal bagi setiap ibu apabila tanpa diduga si anak menukarkan agama.

“Bagi ibu, apabila saya memeluk Islam bermakna saya akan masuk Melayu dan segala-galanya saya akan mengikut cara hidup orang Melayu. Maka ibu bimbang, beliau akan kehilangan anak Cinanya ini,” jelasnya.

Posted at 12:10 pm by HAYRIN86
Make a comment  




Next Page



HAYRIN86
February 14th 1986  (Age 26)
Male
Sandakan, Sabah









PROFIL SAYA

NAMA PENUH: Hayrin Bin Matahir
TARIKH LAHIR: 14 Februari 1986
TEMPAT LAHIR: Hospital Duchess Of Kent, Sandakan, Sabah
TEMPAT TINGGAL: Kg. Karamunting Baru, Sandakan, Sabah
TINGGI: -tidak tahu-
BERAT: 52.1kg
BILANGAN ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada enam orang adik-beradik
WARNA KEGEMARAN: Merah, ungu, hitam dan putih

Kuala Lumpur, Malaysia

Kuala Lumpur, Malaysia

Jakarta, Indonesia

Bangkok, Thailand

Seoul, South Korea

Singapore

Bandar Seri Begawan, Brunei

Hong Kong

Tokyo, Japan

New Delhi, India

UAE

Sydney, Australia

Adelaide, Australia

Perth, Australia

Auckland, New Zealand

Fiji

Moscow, Russia

London, England, UK

Paris, France

Berlin, Germany

Amsterdam, Holland

Madrid, Spain

Lisbon, Portugal

Rome, Italy

Kiev, Ukraine

Johannesburg, South Africa

New York, USA

Mexico City, Mexico

Toronto, Canada

Buenos Aires, Argentina

Rio de Janeiro, Brazil

Santiago, Chile

MESTI DOWNLOAD

Glay
‚±‚±‚Å‚í‚È‚¢A‚Ç‚±‚©‚Ö



Lain-lain URL saya:
  • Fotopages
  • MySpace
  • Xanga
  • MyDearDiary
  • YouTube
  • Megavideo

    Ingin berkenalan dengan saya? E-mel sahaja ke hayrin140286_jazz@yahoo.com dan hayrin86_ihateamylea@yahoo.com.my. Jika anda tiada e-mel, anda bolehlah mengirimkan sepucuk surat kepada: -

    HAYRIN BIN MATAHIR
    BLOK A, NO. 3, LORONG 7
    TAMAN MELANTA
    90000 SANDAKAN, SABAH

    Terima kasih kerana berkenalan dengan saya.
    Anda tidak suka @ benci akan Mawi? Klik di sini.
    URL YANG BOLEH ANDA LAWATI

  • baby aby
  • baby addenan
  • baby afifie

    MESTI BACA

  • TV1 vs TV2
  • 4 bahasa di TV1
  • Rancangan Astro yang dirasakan tak perlu
  • Saluran TV terrestrial yang menjadi pilihan
  • Peralihan TV Digital Menjelang 2015
  • Astro Variasi dan Astro Arena temui penonton Astro Disember 2008
  • Timbang Kaji semua Rege Astro
  • Rancangan lama yang tak boleh dilupakan
  • Faktor utama penonton sudah bosan dengan Astro
  • BULLY vs GTA
  • BURNOUT
  • GRID - Permainan video versi tempatan
  • GT5 vs GRID
  • Need For Speed Undercover
  • Racing game mana paling awak suka dan benci?
  • Racing game pilihan anda
  • Perisian mana yang boleh convert DVD ke MPEG
  • PS3 guna online game?
  • Game yang korang terus setia?
  • Kereta hibrid
  • Kesan buruk tabiat merokok
  • Apa maksud GABAN?
  • Cerita lama yang ingin ditonton
  • Program Raya bukan penghalang umat Islam keluar beraya
  • TV3 siar filem "Rempit" hari raya pertama (2008)
  • MACAM MACAM AZNIL (2008)
  • Kartun era 80-an dan 90-an
  • Perbincangan ilmiah tentang kehazaban RTM
  • Perbezaan Peter Stuyvesant dengan One Piece
  • Peserta realiti TV paling dibenci
  • Hilang selera nonton AF disebabkan....
  • Carta AF paling membosankan
  • Diari AF7 Minggu 1
  • Aznil kembali mengacarakan AF7?
  • BELIA BENCI MAWI
  • BELIA BENCI NADIA AF6
  • Bosan dengan AF!!!!
  • MAXIMUM EXPOSURE vs WHACKED OUT SPORTS
  • DBKL pantau port Shuffle
  • Rancangan Raya paling best
  • Rancangan Raya paling tak sesuai
  • Mengapa ntv7 sekarang asyik menyiarkan program berbahasa Cina saja?
  • Setujukah Dunhill jadi penaja semula?
  • Hentikan program realiti
  • Era realiti TV bakal berakhir
  • GOOD NEWS FOR ANTI-INUL
  • Goyang Gerudi INUL dibatalkan
  • Konsert Inul batal lagi
  • Shuffle: Pendapat anda?
  • BLACK METAL muzik pengganggu iman
  • Konsert 7 AF6 vs AIM2008
  • Stacy Fan Club
  • Pelajar AF paling awak benci?
  • Juara AF paling tiada bakat
  • Juara AF yang lupa diri
  • AF8 pada 2010 diharamkan?
  • Pelajar AF6 yang pemalas
  • Nadia jadi kebencian pengundi
  • Pengakuan TOI: Dahulu seorang perokok
  • Kelab Anti ASTRO
  • KETIAC - Kelab Anti AC
  • Kelab Anti IKA
  • Kelab Anti LUFYA
  • Kelab Anti TOI
  • Jom boikot AF6
  • AF sudah mati!
  • AF musim keberapa yang paling membosankan?
  • AF dulu dan sekarang
  • Nadia terlalai dalam Menuju Puncak
  • SAIDA akhirnya tewas!
  • Misteri: Kenapa Dekna tolak cinta Rizal
  • Strategi Astro nak juarakan STACY
  • Memey dlm Melodi - 11.01.2009
  • Rakyat perlu beli dekoder menonton siaran RTM?
  • Konsert Superstar AF6
  • Konsert 5 AF6 - Banyak sangat klip budus
  • Carta lagu-lagu bosan
  • Kepada yang masih ingat Ai Ling
  • Goyang INUL berbau seks
  • Aidilfitri diramal 1 Oktober (2008)
  • Tarian Poco-poco - tarian pemujaan Kristian?
  • Haram memakai jersi lambang salib
  • No BEP for Muslims - says Malaysia
  • Bapak from HELL: 4 anak sekaligus dirogol
  • Iklan rokok
  • Iklan KFC yang terbaru...Tak hormat langsung
  • Iklan paling tiada etika
  • Iklan di TV dan radio, berapa?
  • Anime mana yang ingin ditonton pada masa akan datang
  • Anime @ animasi Jepun menyelerakan?
  • Sailormoon vs Akko Chan vs Doraemon
  • Sailormoon vs Wedding Peach
  • Konjiki no GASH BELL!!
  • Digimon
  • Digimon vs Pokemon
  • NARUTO kena gugat dengan ONE PIECE!
  • ONE PIECE: Raja Komik Jepun
  • ONE PIECE: Watak pilihan anda?
  • Hana Yori Dango (anime)
  • Target yang paling baik bagi gadis yang ingin berkahwin ialah 28-30
  • Penyokong HINDRAF buat kecoh di PWTC
  • Budak 3 tahun didera teman lelaki ibunya
  • "Saya dirogol hingga ke pagi"
  • Jenama rokok pilihan anda?
  • Hati Waja - drama lama
  • Astro @15 patut dihentikan
  • Malaysia ingin sekali bergabung dengan Indonesia
  • FIFA dukung Indonesia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022
  • Jakarta bakal tenggelam pada 2022
  • TV/Radio Malaysia diminta hentikan terus produk Indonesia
  • Nama saluran radio/TV dan lain-lain dengan slogan
  • Rayuan ditolak, perogol kekal penjara 50 tahun
  • Sangkar cinta remaja hamil
  • Astro Kirana kena ambil alih dengan Astro Citra!!!!
  • Bahana gian video lucah
  • Laman sembang 8TV digantung
  • Bosan dengan TV3 & Astro
  • Kepada pelanggan Astro yang ada pakej selain Famili...
  • Astro Warna (CH132)
  • ASTRO dan PARABOLA
  • Caj Astro naik RM12 kerana EPL
  • Babak rempit tiada lagi
  • Drama Indonesia memuakkan?
  • Blu-ray
  • Puasa sebulan lagi... (2008)
  • Acara sukan live yang korang terus stay dpn TV?
  • F1 vs MOTO GP
  • 2008 Olympic Games
  • Piala Dunia 2010
  • Piala Dunia: Part paling indah
  • Piala Dunia terbaik pernah disaksikan
  • Pasukan Piala Dunia yang korang terus anti


    http://www.meebo.com/rooms


    MESTI KLIK

    YouTube (HAYRIN86)
  • Muzik Video Pilihan (Malaysia)
  • Muzik Video Pilihan (Indonesia)
  • TV Channel Intro
  • TV Promo
  • TV Advert
  • Music/Concert/Ballet/Dance

    PETA
  • Google Map
  • MultiMap
  • Mapquest
  • Interactive Map by Toei Animation
    CHAT ZONE
  • TVKeyz CHAT
  • SUCHENS.COM
  • ALAMAK.com








  • Contact Me

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




    rss feed